Sunday, November 7, 2010

Assignment Pengajian Islam

                        PENGAJIAN ISLAM
              Nama : nur hashidah binti endrus
            NO.MATRIK : KJC1080097
 TAJUK ARTIKEL : SISTEM EKONOMI ISLAM ADALAH untuk SEMUA UMAT
    MANUSIA
SEKSYEN : 2
NAMA PENSYARAH: ENCIK MUHD MUNIB BIN AHMAD
TARIKH ASSIGMENT DIHANTAR : 8 NOVEMBER 2010

                                                         DEFINISI EKONOMI
          Menurut pandangan islam,ekonomi ialah ilmu tentang kehidupan manusia yang selaras
dengan tuntutan syariah di semua peringkat,bermula dari peringkat perolehan,penggunaan,atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri,masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani
bagi mendapatkan keredhaan allah.
          Menurut Adam Smith,ekonomi adalah satu disiplin ilmu yang menkaji sarana-sarana kekayaan bangsa-bangsa dengan memusatkan perhatian secara khusus tentang sebab-sebab kebendaan daripada kemakmuran,seperti hasil industri,pertanian atau seunpamanya.Dan
ekonomi juga dianggap sebagai ilmu kekayaan.Menurut beliau manusia mempunyai kemahuan,
dan hasil-hasil itu tidak akan diperolehi oleh manusia itu sendiri.
          Menurut Marshall pula,ekonomi adalah ilmu adalah tentang kehidupan manusia
berhubung persoalan bagaimana manusia memperolehi pendapatan dan bagaimana mereka menggunakannya.
          Dalam perkembangan pemikiran ekonomi islam,permisahan ilmu antara ilmu ekonomi dengan ilmu agama atau ilmu lain yang telah diwahyukan seperti tauhid dan fekah.Dalam
 pengertian ini ekonomi islam tidak memisahkan manusia daripada alamnya atau daripada kepercayaan akidahnya.
          Tujuan kegiatan ekonomi adalah ibadat dan diberi nilai pahala jika melakukuan mengikut
syarat yang telah ditetapkan oleh akidah,akhlak dan syariah.Membantuk kaserdehanaan dalam permikiran dan perbuatan dalam semua urusan dan aktiviti baik yang berbentuk material
mahupun mental bagi memenuhi keperluan fizikal dan rohani bagi memenuhi keinginan
individu dan masyarakat.
                                           
                                          KONSEP EKONOMI ISLAM
Mengamalkan konsep rububiyah(ketuhanan)menjadi konsep utama yang menekankan sifat allah S.W.T. sebagai Penguasa yang membuat peraturan dan bertujuan menjaga dan memelihara kehidupan makhluk demi kabahagiaan dunia dan akhirat.Segala peraturan dan sistem bersumberkan wahyu adalah demi keharmonian,keadilan dan kesejahteraan hidup manusia.Manusia merupakan pemegang amanah dan bertanggungjawab memakmurkan dunia dengan unsur-unsur tauhid dan rububiyah.Perhubungan sesama manusia adalah berdasarkanunsur persaudaraan dan kesamaan yang mendorong kepada nilai-nilai murni dan memupuk keamanan sejagat.

FALSAFAH EKONOMI ISLAM
Merupakan prinsip kawalan(guiding principle) bagi sesuatu sistem.Selain itu,ia membentuk kerangka dasar pandangan hidup dan membina corak pendekatan sesuatu sistem,membentuk nilai etika dan melahirkan budaya masyarakat beretika.Falsafah tauhid islam,berpendapat bahawa sifat-sifat yang terdapat dalam diri manusia hendaklah berada dalam suatu kesatuan.Oleh itu,kesempurnaan keperibadian seseorang manusia itu akan tercapai kerana semua sifat dalam diri manusia akan diberi tumpuan menyeluruh tanpa satu pengecualian pun.Selain itu,keperluan dan kerohanian manusia hendaklah dipenuhi dalam bentuk yang bersepadu.Pendekatan ini memberi tempat yang utama kepada kesepaduan nilai etika mulia dengan semua keperluan dan tindak tanduk manusia termasuk aktiviti ekonomi.

PRINSIP  ASAS EKONOMI ISLAM
Prinsip asas bermaksud sesuatu ketetapan yang tidak berubah dan tidak boleh diubah walau apa keadaan sekalipun.Terdapai 9 prinsip asas ekonomi islam:
Yang pertama adalah hak milik mutlak.Ia terbahagi kepada 2 iaitu hak milik individu dan hak milik umum(masyarakat dan Negara).Cara mendapatkan harta haruslah dengan cara yang halal(bukan dengan melakukan riba ,penipuan,penindasan,rasuah,eksploitasi dan cara-cara lain yang bertentangan dengan islam)Selain itu,kita hendaklah mengeluarkan zakat atau cukainya untuk sumbangan ke jalan allah S.W.T.(seperti sedekah,pembinaan sekolah,dan seumpamanya).Agihan milik swasta hendaklah dielakkan hal-hal yang boleh mengakibatkan perluasan jurang pendapatan dan membahayakan orang lain atau alam sekitar.
            Kebebasan terhad dan menurut nilai-nilai akhlak kerana islam tidak sengaja memberikan kebebasan dalam bidang-bidang ekonomi tetapi juga memberi perlindungan terhadap apa yang diperolehi.Nilai-nilai akhlak dan sifat-sifat terpuji menjadi asas pengisian prinsip kebebasan.Segala amalan ekonomi yang bertentangan dengan syari’ah islamiah dianggap menyalahgunakan pengertian kebebasan.Oleh itu,amalan ekonomi tidak boleh menyalahi peraturan syariah islam.
            Aktiviti ekonomi yang dilarang merangkumi aktiviti-aktiviti penggunaan dan pengeluaran iaitu segala bentuk aktiviti yang diharamkan secara mutlak seperti riba,judi,lacur,kikis,boros,membazir,menipu timbangan dan sebagainya.Dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh merosak,merbahayakan,dan menganggu keselamatan fizikal,psikologi dan mental kecuali dalam keadaan terpaksa(darurat).
            Aktiviti ekonomi yang diharuskan adalah menjadi kewajipan bagi seseorang muslim yang ingin memenuhi keperluan dalam hidupnya dengan menjalankan aktiviti ekonomi secara halal.Pengharusan ini juga melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan seperti barangan pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh islam iaitu barangan yang bersih,berguna,suci dan tidak membahayakan.Selain itu,dalam proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa sebarang penipuan atau penindasan,Tujuannya adalah untuk melatih dan mendidik jiwa manusia supaya sentiasa mendisiplinkan diri serta malahirkan manusia yang berjiwa bersih dan bertakwa.
            Kawalan daripada pihak berkuasa adalah merupakan syariah islam yang mengharuskan konsep campur tangan pihak pemerintah dalam kegiatan ekonomi sama ada dalam bentuk pengurusan,pengagihan dan perancangan.Ia berhak campur tangan dalam urusan ekonomi untuk melindungi,menjamin kastabilan dan keadilan sosial dengan syarat mesti berdasarkan syariah.Pihak berkuasa yang diberi kepercayaan oleh rakyat yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara peraturan masyarakat secara khusus untuk menegakkan keadilan.
            Prinsip keuntungan dan kerugian adalah lumrah dalam muamalat islam,bahkan ia juga menjadi asasnya.Berdasarkan prinsip ini ,mekanisme seperti mudarabah dan musharakah digalakkan dalam aktiviti ekonomi.Ia menjamin keadilan disamping menegaskan konsep memerlukan antara  pengusaha dengan pemilik modal.
            Prinsip kemuafakatan bagi mengurangkan pertelingkahan antara pasangan-pasangan unit ekonomi seperti majikan dengan pekerja,penjual dengan pembeli,pengeluar dengan pengguna dan sebagainya dalam sistem ekonomi berasakan tauhid.Ini kerana semua unit ekonomi tersebut mempunyai matlamat dan arah yang sama iaitu mengabdikan diri kepada nilai keadilan dan muafakat dituntut oleh agama.Pendekatan ini sekeras-kerasnya menolak hidup dalam sistem ideology secular seperti yang terkandung dalam falsafah struggle for existence.Islam menekankan cooperation of existence sebagai asas pegangan hidup yang bersesuaian dengan falsafah tauhid.
            Prinsip bekerja dan ganjaran dalam kegiatan ekonomi merupakan ibadah.setiap penglibatan mesti diberi ganjaran yang setimpal.Pemerintah mesti mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.Riba terkeluar daripada prinsip ini.Konsep kerja akan membawa kepada peningkatan taraf hidup masyarakat yang disertai dengan keadilan pengagihan harta dan kekayaan.
            Prinsip keadilan sosial adalah asas yang dinamik untuk mengatur dan melaksanakan ekonomi dalam sesebuah masyarakat.Kecemerlangan sistem ekonomi memerlukan sistem penyusunan kegiatan ekonomi yang berteraskan semangat keadilan.
                                                    
                                                       BAITUL  MAL
Adalah rumah harta atau Perbendaharaan Negara yang merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggarakan harta-harta umum atau tempat untuk tempat penyimpanan barangan berharga seperti wang,emas dan perak,batu permata dan barang perhiasan yang berharga.Sumber Baitul Mal atau ekonomi islam boleh dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut iaitu harta masyarakat,harta negara dan harta umum.
            Harta masyarakat ialah harta yang diperolehi daripada masyarakat yang berada atau orang kaya untuk diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya,termasuk fakir miskin.Contoh harta masyarakat zarat fitrah,zakat harta,sedekah dan wakaf.
            Harta negara ialah harta yang diperoleh menerusi ekspedisi ketenteraan di wilayah-wilayah bukan islam.Hasil ekspedisi dan penaklukan ialah pengurusan harta benda,termasuk tanah yang dikenakan cukai Kharaj dan masyarakat yang enggan memeluk islam,Zimmi dikenakan cukai jizyah.Di samping itu,kerajaan mengenakan cukai perniagaan yang dipanggil Usyur kepada orang islam dan bukan islam.Dan akhir sekali harta karun yang ditemui di perut bumi atau di dasar laut yang dianggap sudah tidak bertuan.Semua harta benda ini menjadi hak milik Negara.
Harta umum ialah hasil usaha masyarakat sama ada di peringkat individu atau kelompok menerusi pelbagai aktiviti ekonomi menerusi pelbagai aktiviti ekonomi yang turut memajukan ekonomi dan pembangunan negara seperti perlombongan,perusahaan,perniagaan pertanian dan lain-lain.
Dari tiga jenis harta atau sumber ekonomi islam itu tadi hanya yang pertama dan kedua sahaja yang menjadi sumber Baitul Mal,sementara yang ketiga adalah milik individu atau kelompok,dan ia hanya akan menjadi milik Baitul Mal jika sekiranya harta itu dijadikan zakat atau sedekah/hadiah.
Tujuan utama penubuhan Baitulmal adalah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara,membasmi kemiskinan,dan menyediakan keperluan-keperluan asas.Harta Baitulmal dibelanjakan menurut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan dasar dan prinsip ekonomi islam.
                          
                                  AKTIVITI  EKONOMI
Terdapat tiga aktiviti ekonomi.yang pertama adalah ekonomi kenegaraan iaitu ekonomi politik yang menghuraikan dasar dan polisi ekonomi islam.Iaitu memperakui dan mengiktiraf hak milik  perseorangan,hak milik bersama dan hak milik negara.Pemerintah bertanggungjawab menentukan kestabilan dan kekuatan ekonomi,mengeksplotasi serta menguruskan sumber dengan pendapatan negara yang berkesan.Bidang ekonomi yang meliputi bidang percukaian ,pembagunan tanah,pertanian galian dan perlombongan,prasarana dan sebagainya.
 Aktiviti ekonomi  yang kedua adalah ekonomi perdagangan dan perlombongan yang melibatkan aktiviti mencari keuntungan melalui kegiatan-kegiatan perdagangan,perniagaan,perindustrian,pertanian pelaburan dan sebagainya.Industri kewangan dan urusan bank,iaitu kegiatan yang berasaskan  keuntungan.Ekonomi perdagangan dan pelaburan iaitu yang sumber kekayaan dan kebajikan dan khairat.Pemilik harta-harta perdagangan,perindustrian,ternakan dan pertanian diwajibkan mengeluarkan zakat apabila menepati syarat jumlah nilai dan masanya.Aktiviti menderma,bersedekah,berwakaf dan sebagai amat mambantu golongan yang miskin dan lemah.Aktiviti perekonomian untuk mencari kekayaan mestilah seimbang dengan kebajikan dan kertinggian pangkat,darjat,dan kedudukan dengan ketakwaan.
Aktiviti ekonomi yang ketiga ialah ekonomi kebajikan dan kemasyarakatan,iaitu ekonomi yang memberikan perhatian terhadap kegiatan membasmi atau mengurangkan kemiskinan serta membantu dan membela.
Golongan rakyat yang lemah supaya mereka dapat hidup dengan selesa.Meliputi kegiatan mengumpul dan mengurus wang zakat,fitrah,derma,sedekah,wakaf,Baitulmal dan sebagainya supaya dapat diagihkan dan dimafaatkan seperti yang ditetapkan.
            
                       PENCAPAIAN  DALAM  BIDANG  EKONOMI
Pencapainya ialah Bank islam,Al-Rahn(pajak gadai islam),Zakat,Takaful(sistem insurans islam),Pusat Pungutan Zakat,Saham dan Institusi,Sistem Perbankan Tanpa Faedah,Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YAPEIM) dan Lembaga Tabung Haji.
                                         KESIMPULAN
Sistem ekonomi islam  adalah berbeza dengan sistem ekonomi kapitalis(yang terlalu mementingkan dunia)dan sosialis(yang langsung menolak dunia)kerana sistemnya yang berasaskan keseimbangan yang adil.Sistem ekonomi islam terikat pada hukum dan peraturan ilahi untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan masyarakat dan negara .Sumber utama kewangan Baitulmal ialah melalui sumber zakat ,jizyah,kharaj,usyur,ghanimah dan al-fay.Tujuan penubuhannya adalah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi Negara,membasmi kemiskinan,serta menyediakan keperluan-keperluan asas kepada penduduknya.Pada keseluruhannya,perlaksanaan ekonomi dalam islam berpandukan landasan syari’ah sama ada oleh pihak pemerintah,sektor awam mahupun oleh pihak individu,usahawan atau sektor swasta.
                                             BAHAN RUJUKAN
1.      BUKU
Ø  Mahayudin Hj. Yahaya.(1998).Tamadun Islam.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Ø  Nadiah Bt A bdul Rahman.,Priscilla Law Nguik Hung.(2008).Tamadun Islam dan Asia.Malaysia:McGraw-Hill(Malaysia)Sdn.Bhd.
Ø  Mahdi Shuib.,Ustaz Rumaizuddin Ghazali.,Hazlin Mansor.(2008).Teks Pra-U STPM Tamadun Islam.Petaling Jaya:Pearson Longman




     
     









No comments:

Post a Comment